Tuesday, June 18, 2013
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
16 Jun 2013!
Perginya seorang insan yg bersusah payah membesarkan aku selama 25 tahun.. Sungguhpun tak melahirkan aku, tp pengorbanan dan kasih sayang yg dicurahkan tak pernah kurang.. macam mana di layan dua orang anak kandung nya, begitu juga dilayannya aku..
Tuhan lebih sygkan dia.. aku redha.. tp smpai saat ni, de mase tibe2 air mata aku gugur jugak.. tak termampu nak menahan..
Ni belum lagi aku balik ke rumah sewa aku di seri kembangan.. sembilan bulan lepas, aku dpt tawaran kerja kat sana, terus aku bawak dia sekali sbb taknak tinggalkan dia sorg2 kat kampung..
selama ni berdua kat rumah tu, sekarang...
aku masih di kampung.. selesaikan segala urusan arwah.. Tahlil, hutang piutang, urusan rumah, dsb..
Tp aku puas, sbb smpai jugak hajat aku nak menjaga dia smpai akhir hayat menggunakan duit aku sendiri.. apa yg aku hajati, Alhamdulillah tercapai.. tp ade juga 2,3 perkara yg tak kesampaian, tp itu tak bermakna aku tak puas.. aku puas..
Terima Kasih Ya Allah, kerana meminjamkan aku dengan seorang insan yg tak mungkin ada pengganti dlm diri aku ini.. Aku redha di atas pemergiannya.. Aku halal kan apa saja yg telah mampu ku berikan kepadanya, seperti mana dia selalu memberitahu ku bahawa dia tidak henti menghalalkan apa yg diberikan kepada ku.. Ampunilah segala dosa yang pernah dilakukannya Ya Allah.. Tempatkanlah dia dikalangan hamba2-Mu yang beriman..
*Al-Fatihah buat Mak-Selmah bt Derais, seorang wanita yg bersusah payah membesarkan aku, juga kepada arwah ayah-Atan bin Mat(meninggal pd tahun 1997) yg memberikan kasih syg tak berbelah bagi kepadaku.. Nabil syg Mak & Ayah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
nabil, al-fatihah...
terima kasih tini..
Post a Comment